MARINA SAHABUDIN
AYER KEROH – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meminta penjaja dalam kawasan itu melengkapkan dokumen perniagaan sedia ada.
Ia berikutan Yang DiPertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman akan turun padang dan menyampaikan sendiri lesen perniagaan kepada peniaga terlibat.
Inisiatif ini hanya memfokuskan penjaja yang masih belum mempunyai lesen sementara sahaja dan tidak melibatkan kawasan yang mempunyai penganjur.
Berikut adalah tarikh YDP MPHTJ membuat ‘walkabout’ bersama Ahli-Ahli Majlis Kawasan :
05/02/2021 – Bukit Katil
11/02/2021 – Bemban
19/02/2021 – Kesidang
26/02/2021 – Ayer Keroh
05/03/2021 – Durian Tunggal
12/03/2021 – Pengkalan Batu
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 06-2323 773
-MF-
Post Views: 970