AMES HOTEL PRIHATIN NASIB FRONTLINERS

MARINA SAHABUDIN

MELAKA – AMES Hotel, Hotel Metrasquare dan ASAM House dibawah Sheng Tai International turut prihatin terhadap penat lelah petugas barisan hadapan di negeri ini.

Justeru, mereka meluangkan masa turun padang beramah mesra dan mengedarkan kit makanan kepada petugas terlibat.

Pada sesi tersebut, sejumlah 100 bungkus Nasi Briani, Pizza dan oren Mandarin sebagai simbolik sambutan Tahun Baharu Cina akan datang telah disumbangkan.

Majlis penyampaian disempurnakan kepada Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shahrul Lalli Masduk.

Pihak AMES Hotel berkata, pendekatan ini sebagai salah satu projek CSR mereka.

“Ini usaha kami menghargai petugas barisan hadapan yang bermatian memerangi wabak Covid 19 dalam kalangan komuniti.

“Semoga mereka terus kuat,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *