INSOLE LINDUNGI KAKI

MARINA SAHABUDIN

MELAKA – Kesihatan tapak kaki seharusnya diberikan perhatian oleh mana-mana individu.

Ini kerana anggota ini memainkan peranan besar dalam kehidupan kita seharian.

Justeru, Recover Recovering Rehabilitative Supply Sdn Bhd mengambil peluang untuk membantu orang ramai yang mempunyai masalah berkaitan ketidakseimbangan kaki.

Menurut Certified Prosthetist & Orthotish (CPO), Musfirah Abd Aziz, perkhidmatan disediakan di sini termasuk membuat kasut khas dan pelapik khas (insoles).

Pelapis khas ini biasanya dibekalkan kepada pesakit yang mempunyai masalah diabetik foot ulser atau cedera di bahagian tapak kaki.

Kegunaan pelapik khas ini adalah untuk membantu seseorang pesakit mengurangkan tekanan yang berlaku di bahagian tersebut.

Ia memberi ruang supaya tapak kaki tidak merasa tekanan di kawasan yang mengalami luka atau kecederaan.

Biasanya, pelapik khas ini akan disertakan dengan kasut khas yang telah ditempah pesakit.

Insoles amat menjadi keperluan atau kepentingan kepada segelintir individu apabila ‘anatomy of foot’ dirinya berubah.

Apabila keadaan ini berlaku, tapak kaki pesakit tidak sama berbanding tapak kaki individu yang normal.

Dengan bantuan insoles, ia mampu menjadikan kaki pesakit tersebut sekata atau selaras dengan kaki sedia ada.

Selain itu, pelapis khas ini juga sangat penting supaya bahagian tapak kaki yang luka dapat sembuh secepat mungkin.

Jika terdapat luka atau kecederaan di mana-mana bahagian tapak kaki, pelapik jenis ‘off load’ akan dibuat supaya sewaktu memijak, bahagian berkenaan tiada tekanan.

Setiap pelapik ini juga dibuat mengikut acuan kaki seseorang pesakit itu.

Bagi pesakit diabetik pula, terdapat pelapik khas untuk mereka yang mempunyai masalah ‘flat foot’.

Apabila tiada lengkungan di bahagian tapak kaki, tekanan akan turun dan mendatangkan kesakitan serta ketidakselesaan sewaktu berjalan.

Istimewanya insoles ini, ia menjadi medium terbaik meratakan tapak kaki sekaligus memberikan sokongan kepada kaki mereka apabila melakukan sebarang aktiviti.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *