LOVE ORTHO BEKAL ANGGOTA TIRUAN TERBAIK

MARINA SAHABUDIN

MELAKA – Beroperasi sejak tahun 2011, Love Ortho Healthcare merupakan sebuah syarikat pembuat dan pembekal anggota tiruan serta alatan sokongan khususnya untuk anggota kaki dan tangan.

Menurut Patient Care Unit, Nur Aqilah Hani, sehingga kini lebih 10,000 pesakit telah mendapatkan rawatan daripada syarikat ini.

Menariknya, Melaka menjadi satu-satunya pusat rawatan prosthesis dan orthosis Love Ortho Healthcare di Malaysia.

Tidak hanya mempunyai pesakit di Melaka, sebaliknya mereka turut mempunyai pesakit dari negeri lain dan luar negara.

Antara pesakit yang mendapatkan rawatan di Love Ortho Healthcare termasuklah dari Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak malahan Indonesia.

Anggota palsu dibuat di sini adalah mengikut keperluan seseorang pesakit.

Sama ada bermula dari bawah lutut, atas lutut, sokongan untuk buku lali dan lain-lain lagi.

Manakala tangan palsu pula ada yang digunakan untuk tujuan kosmetik, bagaimanapun, ia mempunyai fungsi tersendiri dan boleh digerakkan secara manual.

Bagi pesakit yang mempunyai masalah tulang belakang, mereka juga boleh membuat ‘body jacket’ di sini.

Ia bertujuan untuk membantu menyokong bahagian belakang menjadi lebih tegap dan kuat.

Dalam pada itu, ketahanan kaki palsu dan tangan palsu di sini pula bergantung kepada cara penjagaan pesakit tersebut.

Jika mereka menjaganya dengan baik, ia mampu bertahan sehingga tempoh lima tahun.

Rawatan prosthesis dan orthosis disediakan di sini juga adalah mampu milik yang mana kualiti alat sokongan ini terdapat dalam pelbagai jenis sama ada biasa sehingga berkualiti tinggi.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *