MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
JASIN – Pandemik Covid-19 yang melanda dunia memberi kesan kepada golongan belia dan warga emas di negara ini.
Bagi memastikan nasib mereka terbela, Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin mengambil inisiatif bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) menyampaikan sumbangan kepada golongan berkenaan.
Menerusi Program Semarak Kasih Belia Daerah Jasin, seramai 25 ahli keluarga dari enam kawasan DUN dalam daerah Jasin menerima bantuan kit makanan.
Menurut Pengerusi MGBD Jasin, Zaini Muhamad, program diadakan itu merupakan usaha terbaik
meringankan beban golongan sasar.
“Tujuan program untuk membantu golongan sasaran yang kurang berkemampuan dengan memberi keperluan asas makanan dan kami berterima kasih kepada MAIM atas kerjasama diberikan,”katanya.
Hadir Sama, Penyelaras Program yang juga Naib Pengerusi Wanita MGBD Jasin, Khuzaimah Abdullah serta barisan ahli jawatankuasa MGBD Jasin.
-MF-