PASARAN MISB PATUH SYARIAH

MARINA SAHABUDIN

MELAKA – MAIM Industries Sdn. BHd. (MISB) mengambil inisiatif meluaskan pasaran mengikut syariah Islam.

MISB merupakan anak syarikat MAIM Holdings Berhad (MHB) yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Memulakan operasi sekitar tahun 1997, penubuhannya MISB melibatkan perniagaan dalam bidang pembekalan perabot, alatan persekolahan, buku tulis dan buku latihan kepada sekolah di bawah pentadbiran JAIM iaitu bagi sekolah rendah arab, sekolah menengah dan sekolah rendah JAIM sahaja.

Bagaimanapun, MISB terus melebarkan sayap dalam pelbagai bidang perniagaan sebagai usaha memastikan MISB mampu bersaing menyediakan produk patuh syariah khususnya kepada umat Islam.

Sehubungan itu, MISB sentiasa melakukan pelbagai inisiatif dalam mengenal pasti dan membantu meningkatkan perniagaan milik bumiputera supaya lebih berdaya saing dalam aktiviti pengedaran barangan keperluan harian.

MISB juga mempunyai misi menjadi sebuah syarikat bumiputera yang progresif dan maju dalam sektor perkhidmatan dan pembekalan mengikut syariah Islam.

Sehingga kini, MISB adalah salah satu panel pembekal makanan bulanan kepada asnaf fakir miskin di daerah Melaka Tengah.

Pada masa sama, ia dilantik sebagai pembekal pakaian sekolah bagi nak-anak asnaf fakir miskin di negeri ini.

Menariknya, kini MISB boleh dikunjungi orang ramai di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh untuk melihat dan mendapatkan sendiri produk hasil keluaran bumiputera di ruang niaga tersebut.

Apa sahaja produk seperti makanan, minuman, peralatan sekolah dan lain-lain lagi boleh didapati di sini dengan harga berpatutan.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *