MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
PEMAIN serta pegawai dan kakitangan pasukan Melaka United FC mengambil langkah awal memastikan mereka bebas dari Covid-19 dengan menjalani ujian calitan.
Pengurus Pasukan Melaka United FC, Mohamad Akram Abdullah berkata, ia sebagai langkah awal dalam membuat persediaan menghadapi Liga Malaysia 2021 dijadualkan akan bermula pada 5 Mac ini.
Menurutnya ia juga bagi memenuhi syarat ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) mewajibkan setiap pasukan dan pemain mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
“Saringan untuk semua pemain dan pegawai telah dijalankan di Megaklinik Zahran Melaka membabitkan 30 pemain dan pegawai pasukan,”katanya.
Turut hadir pada sesi swab test itu Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dan Ketua Pegawai Operasi Megaklinik Zahran Melaka, Mohd Nafidz Abdul Razak.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Akram berkata, semua pemain kini menjalani latihan secara individu di kediaman masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diteruskan sehingga 18 Februari ini.
“Biarpun pemain agak tertekan kerana tidak dapat menjalani latihan secara berkumpulan di padang, namun latihan individu diawasi pegawai dan jurulatih bagi memastikan prestasi mereka sentiasa berada tahap yang terbaik,”katanya.
-MF-