PEMBINAAN SYARIKAT SENSOR TINGKAT PELUANG PEKERJAAN

MARINA SAHABUDIN

MELAKA – Syarikat sensor terbesar Jerman, Leuze akan mula beroperasi di Melaka pada pertengahan 2022.

Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, inisiatif itu membawa pelaburan sejumlah Rm250 juta.

Menurut beliau, dia amat gembira apabila dimaklumkan PKNM bahawa Syarikat Leuze yang ditemui ketika mengetuai Misi Pelaburan Ke Eropah pada tahun 2019.

“Ketika itu saya memegang jawatan Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan. Difahamkan kini, syarikat berkenaan telahpun membeli tanah di Pusat Industri Pintar (SIC) Bukit Rambai untuk membina kilang sensor di Melaka.

“Proses pembinaan kilang sensor ini dijadual bermula pertengahan 2021 melibatkan pelaburan fasa pertama bernilai RM100 Juta dan pelaburan fasa kedua bernilai RM150 Juta.

“Ini sekaligus meningkatkan peluang sekitar 400 orang bagi fasa pertama dan fasa kedua pula sekitar 300 peluang pekerjaaan,” katanya.

Ujar Mohd Rafiq, Syarikat Leuze merupakan pengeluar optikal sensor ke 8 terbesar di dunia dan mempunyai kilang di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Brazil, Jerman dan China.

“Sensor dihasilkan akan dieksport ke luar negara yang melibatkan pelanggan utama terdiri daripada syarikat-syarikat besar seperti Porsche, BMW, Audi dan Volkswagen.

“Ia juga mempunyai kerjasama strategik dengan Syarikat Microsoft,” katanya.

Beliau turut bertima kasih kepada MITI khususnya MIDA, PKNM dan semua agensi Kerajaan Negeri Melaka yang terlibat dan bertungkus lumus membantu menjayakan Misi Pelaburan Ke Eropah sebelum ini.

“Moga peluang ekonomi dan pekerjaan terhasil dapat membantu rakyat Malaysia khususnya rakyat Melaka dalam menghadapi cabaran pandemik Covid 19,” katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *