PMM RAIH PINGAT IMIC

MARINA SAHABUDIN

MERLIMAU – Politeknik Merlimau (PMM) membuktikan kepakaran pensyarah Jabatan Perdagangan apabila berjaya meraih dua perak dan satu gangsa menerusi International Multidisciplinary Innovation Competition (IMIC) 2021.

Menurut Pengarah PMM, Mohd Hatta Zainal, pertandingan dijalankan secara atas talian itu meyakinkan lagi pandangan pelbagai pihak terhadap kemampuan pensyarah di institusi itu.

“Kita berjaya mendapat dua pingat perak bagi inovasi bertajuk Aplikasi Blippar Dalam Menjana Formula Matematik yang diwakili Norhazma Nafi, Samsinor Ibrahim, Faezah Kamisan serta inovasi bertajuk Reflexthou, Meningkatkan Keyakinan Diri Dalam Pembentangan dianggotai Nurol Aleyzan Ghazali, Hanim Paimin, Norwidayati [email protected].

“Manakala bagi pingat gangsa pula dirangkul oleh Sabariah Abd. Rahman dengan tajuk inovasi Innovation of Teaching and Learning on Outcome Based Education for Organizational Behaviour,” katanya.

Tambah Mohd Hatta, budaya inovasi sinonim dalam diri pensyarah PMM yang merupakan salah satu elemen Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Politeknik.

“Pada setiap semester, PMM menganjurkan hari inovasi di peringkat jabatan dan Politeknik bagi menzahirkan idea dan kreativiti pensyarah dan pelajar dalam bidang masing-masing sehingga ada produk inovasi telah dipasarkan kepada orang awam,” katanya.

Sementara itu, Nurol Aleyzan Ghazali berkata, pingat tersebut hasil usaha bersama ahli kumpulan yang berpandangan ia mampu membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri.

“Inovasi Reflexthou ini satu kaedah meningkatkan prestasi pembentangan, memotivasikan diri pelajar serta mengukuhkan kemahiran komunikasi terutamanya komunikasi semasa pembentangan.

“Sedikit sebanyak ia membantu mereka membina keyakinan diri apabila bergelar sebagai graduan kelak.

“Saya sendiri pernah merasai bagaimana gementarnya apabila berbicara di hadapan, dengan adanya inovasi ini diharap ia dapat membantu mereka membentuk dan mengekalkan personaliti diri lebih berketerampilan walaupun di luar bilik kuliah,” katanya.

Selain itu, inovasi Aplikasi Blippar Dalam Menjana Formula Matematik turut mendapat tempat ke 10 terbaik bagi kategori Best Extended Abstract dan tempat ke 15 Most-liked video presentation on Youtube.

Manakala Reflexthou, Meningkatkan Keyakinan Diri Dalam Pembentangan pula mendapat tempat kesembilan Most-liked video presentation on Youtube.

Majlis pengumuman kemenangan telah dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang https://imicaidconference.weebly.com/.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *