MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
JASIN – Program Untukmu Jasin sebagai usaha menghargai sumbangan dan pengorbanan pasukan petugas barisan hadapan (Frontliners) yang berbakti di Sekatan Jalan Raya (SJR) di daerah Jasin.
Pendekatan dilakukan Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin itu turut mendapat kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, Gerakan Belia 4B Parit Lampung, Kelab Bola Sepak Just-In dan Pasaraya Sejati Merlimau Sdn Bhd.
Menerusi program berkenaan sebanyak lima lokasi SJR telah dilawati
iaitu AMJ Sungai Rambai, Merlimau, Tol Lipat Kajang, IPD Jasin dan Kesang Pajak.
Menurut Pengerusi MGBD Jasin, Zaini Muhamad, mereka turut menyerahkan barangan dan keperluan makanan seperti air mineral, 100 plus, limau mandarin, serta hand sanitizer.
“Kami berterima kasih kepada pihak keselamatan khususnya PDRM dan ATM kerana bertungkus lumus berhujan dan berpanas demi menjaga keharmonian dan keselamatan negara bagi mengurangkan rantaian penularan wabak Covid 19,” katanya.
Hadir Sama, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali, Penyelaras Program Mohd Redhuan Mohd Nor serta barisan jawatankuasa MGBD Jasin dan Ketua Bahagian Ketenteraman Awam IPD Jasin, ASP Mohd Saharuddin Mohd Nor.
-MF-