KEMPEN DERMA DARAH CAPAI MATLAMAT

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

JASIN – Kempen Menderma Darah anjuran Majlis Kelab Bell Belia Tamil (MKBBT) Daerah Jasin bersama Malaysia Hindu Sangam Melaka dan Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin diadakan di Mydin Jasin, berjaya mencapai matlamat.

Menerusi program itu, sebanyak 72 paket beg darah telah dikumpulkan.

Program bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang itu melibatkan 100 penderma, bagaimanapun hanya 72 diterima kerana tidak memenuhi kriteria.

Penyelaras program, Kumar Arumugam berkata, penularan pandemik Covid-19 tidak menghalang orang ramai menderma darah.

“Sebagai penganjur, kami sentiasa mengambil langkah penjagaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak terjamin,” katanya.

Jelas Kumar, program seterusnya diadakan 12 Februari ini di Mydin Pulau Sebang, Kipmall Bachang ( 13 Februari) dan AEON Bandaraya Melaka pada 14 Februari.

“Saya menyeru masyarakat terutama golongan belia menyertai kempen menderma darah ini demi membantu mereka yang memerlukan.

“Selain itu ia mampu kebaikan kesihatan kepada mereka sendiri sebagai penderma,”katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *