KURSUS KEUSAHAWANAN PERCUMA

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

JASIN – Golongan belia di daerah Jasin dipelawa menyertai Kursus “How To Used Drone To Generate Income” anjuran Oasis Learning bersama Gerakan Belia 4B (GB4B) Cawangan Solok Kilang Berapi , Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin dan GB4B Kawasan Jasin.

Pengerusi MGBD Jasin, Zaini Muhammad berkata, penyertaan terbuka kepada 100 peserta terawal berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai sijil SSM.

Menurutnya, kursus itu bertujuan melahirkan usahawan belia sejajar dengan matlamat MGBD Jasin.

“Sekiranya peserta tidak mempunyai SSM, mereka boleh mendaftar SSM dengan segera dan wang pendaftaran SMM akan diberikan semula semasa pendaftaran nanti,”katanya.

Tambah Zaini, peserta terpilih akan dibahagikan kepada 25 orang setiap sesi dan akan akan menerima drone secara percuma.

“Kursus dilaksanakan selama lima hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang iaitu dua hari untuk sesi dalam kelas, dua hari latihan praktikal di lapangan dan satu hari pemasaran.

“Masa dan tempat kursus ini akan dimakumkan kepada peserta selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir sijil penyertaan juga turut diberikan kepada peserta,” katanya.

Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran di link berikut: https://forms.gle/CKJCu4DW7WXS2eVs5

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *