SKM MASJID TANAH MULA OPERASI

Marina sahabudin

MASJID TANAH – Cawangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Masjid Tanah memulakan operasi sejak 4 Januari 2021 lalu.

Pejabat ini diketuai Nora Mohd Noh bersama dua lagi kakitangan wanita.

Keahlian koperasi di Masjid Tanah sehingga kini seramai 6,950 melibatkan 52 buah koperasi.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, SKM ini penting untuk merancakkan lagi pembangunan koperasi di kawasan ini dan menjadi faktor penarik bagi komuniti tempatan untuk menyertainya.

“Inisiatif ini juga sebagai medium menyahut saranan Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan daerah Masjid Tanah menjelang 2025.

“Fokus kita untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada penduduk di sini,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Koprat merangkap Setiausaha SKM, Rusli Jaafar, Pengarah SKM Negeri Melaka, Mohd Firdaus Shaari dan Ahli Lembaga Pegarah SKM, Shahrul Azhar Amir.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *