Marina sahabudin
TABOH NANING – Seramai 40 golongan kurang kurang bernasib baik dalam DUN Taboh Naning menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina (TBC).
ADUN Taboh Naning, Datuk Latipah Omar berkata, pendekatan tersebut sebagai usaha menceriakan lagi sambutan TBC tahun ini.
“Meskipun berhadapan pandemik Covid 19 namun, keperluan golongan ini tidak pernah dilupakan.
“Sedikit sebanyak ‘angpow’ diberikan dapat digunakan untuk membeli makanan atau keperluan TBC. Walaupun disambut dalam keadaan PKP tetapi saya harap mereka tetap bergembira,” katanya.
Tambahnya, semoga bantuan ini dapat meringankan beban penerima.
Majlis penyampaian sumbangan dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan sederhana bagi memastikan keselamatan semua.
-MF-