TERHARU TERIMA KETUHAR PEMBAKAR, MESIN PENGADUN

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina sahabudin

CHINCHIN – Sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila Siti Nurjuliazira Johari, 29, menerima sumbangan peralatan membuat kek daripada Adun Rim, Datuk Ghazale Muhamad.

Siti Nurjuliazira dilaporkan menjadi orang kelainan upaya (OKU) selepas terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kakinya pendek sebelah.

Kehidupannya kini bergantung kepada perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan bagi meneruskan kehidupan.

“Bantuan ini memudahkan lagi urusan saya untuk menghasilkan lebih banyak kek selepas ini.

“Terima kasih kepada pihak berkenaan kerana prihatin dengan nasib saya,” katanya.

Memulakan perniagaan awal tahun lalu, difahamkan Siti Nurjuliazira yang tinggal bersama neneknya turut mengambil upah mengasuh anak-anak sebagai untuk menambah pendapatan.

Sementara Ghazale berkata, bantuan ini diharap dapat meringankan beban Siti Nurjuliazira membeli ketuhar pembakar dan mesin pengadun yang baharu.

“Pada musim pandemik Covid 19 ini kita cuba meningkatkan taraf hidup golongan memerlukan dengan pelbagai inisiatif.

“Semoga apa diusahakan ini menguatkan lagi semangatnya untuk mengembangkan lagi perniagaan dijalankan,” katanya kepada Melakafirst.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *