MPJ DEKATI MASYARAKAT TIONGHUA

Marina sahabudin

JASIN – Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) dimanfaatkan sebaiknya oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) untuk mendekati kaum Tionghua yang kurang bernasib baik dalam daerah itu.

Yang Dipertua MPJ, Datin Sapiah Haron berkata, menerusi program MPJ Prihatin dianjurkan, secara tidak langsung ia dapat memupuk masyarakat untuk berbuat baik kepada semua golongan dan bangsa.

Menurutnya, ia merupakan kesempatan serta medium terbaik untuk bertanya khabar dan beramah mesra bersama golongan sasar.

“Perayaan ini sangat bermakna bagi mereka, yang mana ia jika mengikut kalender Cina, ia menjadi simbolik permulaan baharu dalam kehidupan masyarakat mereka.

“Sehubungan itu, wajar untuk kita meraikan golongan berkenaan agar mereka juga berpeluang menikmati kemeriahan TBC ini sekaligus membuang rasa dipinggirkan,” katanya.

Hadir sama, ADUN Rim, Datuk Wira Ghazale Muhamad, ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Abdul Rahman, Ahli Majlis MPJ, Clr. Latifah Rahman, Clr. Emran Ahmad, Clr. Tee Tian Leng dan Clr. Tan Kian Guan.

Pada program ini sebanyak 30 keluarga kurang berkemampuan di sekitar daerah Jasin telah dikunjungi dan menerima sumbangan kit makanan.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *