MUFC PERLU KONSISTEN KEKAL PRESTASI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Muhammad Zaidee Daut

Kelab bolasepak Melaka United (MUFC) perlu konsisten sama ada ketika berada di atas padang atau luar padang bagi memastikan prestasi mereka sentiasa berada dalam peringkat yang terbaik dalam Liga Super yang bakal bermula pada 5 Mac ini.

Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee, berkata MUFC mempunyai ramai pemain berpotensi.

Menurutnya, sudah pasti mereka dapat mengekalkan momentum masing-masing biarpun tiada sebarang perlawanan dalam masa terdekat.

“Jika dilihat daripada saingan Liga Super musim lalu, pasukan Melaka berada dalam kedudukan pertengahan.

“Sejak kebelakangan ini, kita nampak banyak perubahan berlaku dan ini penting bagi memastikan pasukan Melaka kekal hebat di padang atau luar,” katanya.

Mengulas mengenai pencarian bakat baru bagi membantu industri bola sepak negara, Kim Swee berharap MUFC lebih fokus daripada peringkat akar umbi dan tidak mengambil ringan dalam pemilihan pemain.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *