MUZIUM SASTERA BILIK TAHANAN PESALAH ZAMAN JEPUN

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

Negeri Melaka bukan sahaja terkenal dari segi sejarah dan budaya, malah turut terkenal dari aspek kesusasteraannya.

Lantaran itu, kerajaan negeri telah menubuhkan Muzium Sastera di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Bangunan Muzium Sastera Melaka terletak di Banda Hilir merupakan sebuah bangunan yang pernah digunakan sebagai pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) sekitar tahun 1974 dan 1975.

Kemudian ia telah dijadikan Muzium Sastera Melaka dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada 18 Februari 1984.

Bangunan tersebut mempunyai ciri-ciri sebuah rumah senibina Inggeris di mana bahagian bawah tanah bangunan tersebut mempunyai ruangan seperti bilik.

Menurut kajian sejarah, bangunan tersebut pernah dijadikan sebagai bilik penahanan sementara pesalah-pesalah sebelum dihukum pancung semasa zaman perintahan Jepun.

Antara bahan yang dipamerkan di Muzium Sastera Melaka ialah sejarah kesusasteraan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, cerita-certia rakyat dan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden.

Turut dipamerkan koleksi asal manuskrip tulisan tangan, segala kegiatan, karya-karya dan tokoh-tokoh dari Melaka yang menggambarkan khazanah tanahair dan warisan dunia Melayu sangat tinggi nilainya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *