Marina sahabudin
ASAHAN – Nasib warga emas di Felda Bukit Senggeh terus terbela menerusi program Ziarah Kasih PKP 2.0.
ADUN Asahan, Datuk Seri Ghaafar Atan berkata, pendekatan tersebut bagi memastikan golongan berkenaan tidak terasa dipinggirkan.
“Hari ini saya berkesempatan meluangkan masa menjenguk disamping bertanya khabar bersama warga emas yang uzur dan menghidapi penyakit kronik.
“Diharap medium ini dapat meningkatkan lagi hubungan baik antara pemimpin dan masyarakat setempat,” kataya.
Antara yang diziarahi adalah Esah Isa, Juminah Kawai, Mohamad Abu, Mohamad Din Hasim, Sitijah Latha, Sapia Wahab dan Md Tahir Ahmad.
Kesemua mereka turut diberikan barangan keperluan makanan serta wang tunai.
Moga usaha ini meringankan sedikit sebanyak beban disamping memberikan senyuman di wajah mereka.
Program membuktikan masih ramai insan prihatin di luar sana.
-MF-