Marina sahabudin
CHERANA PUTIH – ADUN Taboh Naning, Datuk Latipah Omar turun padang memantau masalah diadukan rakyat di DUN itu bagi mengelakkan perkara berulang.
Menurut beliau, antara diterima baru-baru ini mengenai longkang tersumbat di Jalan Miad.
Meskipun masalah tersebut nampak kecil, namun, jika berterusan ia boleh mendatangkan kesusahan kepada penduduk setempat.
“Setiap aduan atau laporan yang kami terima, insya-Allah akan diselesaikan sebaik mungkin. Jika ia melibatkan agensi atau mana-mana jabatan, kita berusaha sampaikan kepada mereka.
“Usaha ini bagi membantu komuniti di DUN ini khususnya mendapat kehidupan lebih selesa,” katanya.
Turut sama ke lokasi, Setiausaha Japerun Taboh Naning.
-MF-
Post Views: 356