MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
JASIN – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin melancarkan projek Ambulans Rakyat Pemuda Jasin bagi membantu golongan asnaf dan kurang berkemampuan yang memerlukan perkhidmatan tersebut.
Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, menerusi lawatan ziarah dianjurkan ramai pesakit terlantar tidak mendapatkan rawatan susulan di hospital berikutan tiada kenderaan.
Menurutnya, ahli keluarga pesakit terlantar tidak boleh membawa mereka menaikki kenderaan biasa dan hanya boleh menggunakan ambulans sahaja untuk ke hospital.
“Kos yang agak mahal menyebabkan mereka tidak mampu menggunakan khidmat ambulans.
“Ini menyebabkan mereka terputus bekalan ubat-ubatan dan tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya sekaligus menjejaskan kesihatan,”katanya.
Muhamad Akmal menjelaskan, menerusi projek tersebut khidmat ambulans secara percuma akan diberikan kepada semua asnaf dalam Parlimen Jasin.
“Manakala golongan bukan asnaf pula diberikan potongan harga 50 peratus.
“Kepada yang memerlukan khidmat ambulans ini boleh menghubungi Penyelaras Pemuda UMNO Jasin di setiap DUN iaitu Mohd Shahrizan bagi DUN Serkam 012-2371667), Zulkifli DUN Sungai Rambai (011-23625859), Zaidi Zakaria DUN Rim (017-2114161), Izwan Md Nor DUN Bemban (017-6698502) dan Nasrul DUN Merlimau (017-6064617).
“Semoga inisiatif ini mampu membantu sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh mereka,”katanya.
-MF-