MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
ALOR GAJAH – Seramai 14 keluarga masyarakat orang asli di Kampung Hutan Percha menerima sumbangan kit makanan dan barangan keperluan seperti pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.
Sumbangan disampaikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tugas-Tugas Khas yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof semasa melawat kampung berkenaan.
Menurut Mohd Redzuan, kesempatan diambil untuk menyantuni penduduk setempat.
“Mereka juga bimbang dan mengeluh kerana kekurangan bantuan kecemasan serta keperluan ubat-ubatan. Saya pandang serius perkara ini untuk tindakan selanjutnya.
“Saya juga berharap penduduk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta memakai pelitup muka dan mencuci tangan secara kerap untuk mengelakkan jangkitan Covid-19,”katanya.
Menurut Mohd Redzuan, di perkampungan itu juga terdapat empat keluarga beragama Islam manakala selebihnya menganut agama lain.
-MF-