Marina sahabudin
ALOR GAJAH – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) giat melakukan operasi tangkapan anjing liar dalam daerah itu.
Menerusi operasi dijalankan di Taman Abdul Samad dan Taman Lubok Redan, lima ekor anjing telah ditangkap.
Tindakan dibuat kakitangan Jabatan Kebersihan dan Kesihatan MPAG.
Operasi ini juga hasil daripada laporan masyarakat setempat yang bimbang keselamatan mereka dan anak-anak di kawasan itu.
Komitmen MPAG diharap dapat melegakan sekaligus memastikan keselesaan mereka.
-MF-
Post Views: 403