M.Y.H.A.U.S Santuni Asnaf

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Marina Sahabudin

Keluarga adalah sebuah dunia kecil di dalam masyarakat namun berperanan penting sebagai tunjang utama pembentukan negara.

Kukuhnya rumahtangga bahagia menuntut keamanan, keselamatan, keadilan, kesefahaman, sikap toleransi, kasih sayang dan kesejahteraan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, empat perkara yang membawa kebahagiaan ialah isteri yang baik, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.

Namun begitu, dalam dunia penuh cabaran ini, tidak semua bernasib baik dalam membina keluarga sempurna serba lengkap.

Ada sahaja ujian dan rintangan yang memaksa mereka untuk hidup seadanya sahaja.

Ada keluarga diuji dengan masalah kesihatan kronik. Ada juga keluarga perlu bersesak di rumah kecil dan berlapar mengikat perut untuk meneruskan kehidupan selagi jantung berdegup.

Mengambil kira peri pentingnya saranan Baginda Rasulullah SAW, TV AlHijrah tampil menyiarkan program MY H.A.U.S pada setiap Isnin, jam 9 malam.

MY H.A.U.S adalah hasil cetusan idea YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi menyantuni golongan asnaf menerusi program baik pulih rumah kediaman.

Semenjak disiarkan pada 25 Januari 2021 yang lalu, penerimaan penonton terhadap rancangan ini amat memberangsangkan dengan catatan prestasi rating yang sangat baik.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris berkata, penonton Malaysia cakna dengan kesusahan masyarakat setempat.

“Kami terima banyak email aduan dan cadangan yang memaklumkan kondisi rumah masyarakat setempat serta jiran tetangga mereka yang memerlukan bantuan baik pulih.

“Pada musim pertama rancangan MY H.A.U.S ini, tiga belas keluarga asnaf sekitar Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pahang dan Terengganu telah dikenal pasti dengan bantuan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM).

“Kesemua mereka ini kami jadikan responden yang berpeluang menikmati bantuan baik pulih rumah kediaman. Bukan sahaja dibantu pihak penaja dan pihak berkuasa tempatan, usaha kami turut mendapat penglibatan persatuan dan penduduk kampung sekitar yang bergotong-royong membersihkan kawasan rumah responden, ” katanya.

Namanzee amat berterima kasih dengan komitmen tersebut dan berharap jika berpeluang ia akan dilanjutkan untuk musim kedua.

Katanya, selain baik pulih rumah, aspek penting lain yang diperlukan dalam pembentukan keluarga bahagia adalah santapan rohani dan pembentukan sahsiah bersama.

“MY H.A.U.S turut mengundang saudara Syamsul Debat bagi memberikan sedikit perkongsian rohani bersama buat asnaf dan juga penduduk setempat.

“Pengisian ini memposisikan TV AlHijrah sebagai stesen yang mendengar nadi denyut rakyat serta stesen penenang jiwa yang memeluk emosi semua,” tambah Namanzee.

Rancangan MY H.A.U.S episod kelima yang bakal disiarkan pada Isnin, 22 Februari 2021 akan datang membawakan tagline istimewa ‘Dalam Rezeki Kita Ada Hak Orang Lain’.

Episod ini memaparkan kisah seorang ibu tunggal dari Kampung Teluk Payang, Bota Kiri Perak yang tidak mengenal erti putus asa dalam membesarkan anak-anak tercinta walaupun kesempitan hidup.

Disebalik sakit yang dideritainya akibat kemalangan di tempat kerja, Puan Norhayati Said masih bertungkus lumus mencari rezeki yang halal buat keluarganya, dia tetap bersyukur walau mendiami rumah uzur yang seringkali dimasuki air hujan akibat kebocoran.

Deraian air mata kesyukuran Norhayati Said tatkala melihat rumahnya siap diubahsuai pastinya membuka mata dan hati penonton untuk sentiasa bersyukur dan menghulur tangan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

Dengarkan juga tazkirah saudara Syamsul Debat dengan judul ‘Jaga kebersihan Tanda Syukur’ yang disampaikan di Masjid Fadzlullah Kampung Telok Kepayang Bota Kiri Perak.

Jadi jangan lupa untuk menonton MY. H.A.U.S episod lima, Isnin, 9 malam hanya di TV AlHijrah.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *