Tindakan Tegas Terhadap Scammer

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

AYER KEROH – Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak atau individu yang menyamar menggunakan gambar Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai profil gambar di media sosial bagi tujuan menipu dan memperdaya orang ramai.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan menegaskan mereka yang tidak bertanggungjawab perlu menghentikan perbuatan tersebut sebelum tindakan undang-undang diambil.

Katanya, perbuatan itu bukan sahaja boleh mencemarkan nama baik dan imej ketua menteri malah boleh menyebabkan kerugian kepada pihak yang terpedaya serta menjadi mangsa penipuan itu.

Menerusi kenyataan tersebut, orang ramai dinasihati supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai dengan sebarang tindakan penipuan menggunakan nama ketua menteri serta gambar profil di media sosial.

Sulaiman berkata, beliau cukup kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar dan menggunakan nama serta profil gambarnya atas kapasiti Ketua Menteri Melaka untuk menipu dan memperdaya orang ramai melalui saluran media sosial.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang termasuk membuat laporan polis jika pihak yang terlibat tidak menghentikan segera perbuatan tidak bertanggungjawab itu,”katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *