PMM Raih Tangga Ke 254

Marina Sahabudin

MERLIMAU – Politeknik Merlimau (PMM) berjaya memperbaiki kedudukan dalam UI GreenMetric World University Ranking 2020 apabila menduduki tangga ke-254 daripada 912 penyertaan seluruh dunia sebagai kampus paling lestari dan hijau di dunia.

Menurut Pengarahnya Mohd Hatta Zainal, pencapaian tersebut meletakkan PMM selaku institusi pendidikan ke 12 terbaik di Malaysia seperti dilaporkan pihak UI GreenMetric.

“Lebih membanggakan mengenai pencapaian ini, kami turut berada di hadapan berbanding universiti tempatan yang lain seperti UMT, UNIMAP, UKM, UCAM dan beberapa IPT lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Hatta, pencapaian ini jauh lebih baik berbanding tahun 2019 di tangga ke 275.

“Saya ingin memberi penghargaan kepada warga PMM terutamanya Jawatankuasa Hijau PMM yang amat komited memastikan PMM terbaik di Malaysia dalam aspek kelestarian hijau di antara politeknik sehingga memintas beberapa universiti awam dalam hal ini,” katanya.

Untuk rekod, UI GreenMetric World University dimiliki oleh Universitas Indonesia yang merupakan sistem penilaian ranking berdasarkan kelestarian kampus tertua di dunia iaitu dilaksanakan sejak 2010.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *