MBMB Sumbang 3,000 Set PPE

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyumbang 3,000 unit kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan terutama petugas perubatan.

Sumbangan PPE itu disampaikan oleh Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu kepada petugas di Hospital Melaka dan Penjara Sungai Udang.

Berikutan peningkatan kes Covid-19 dalam negara secara mendadak, MBMB cakna dengan keperluan asas untuk ‘frontliners’ terutamanya petugas perubatan yang difahamkan mula tidak mencukupi.

Pengarah Hospital Melaka, Dr. Zaharimah Abd Kadir telah menerima kelengkapan tersebut bagi pihak Hospital Melaka manakala pihak penjara Sungai Udang diterima oleh Pengarah Penjara Malaysia Melaka, TKP Ku Nawawi Ku Hamid.

Zainal berkata, program CSR yang dilaksanakan MBMB itu adalah sebagai tanda solidariti, sokongan serta menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan pengorbanan barisan ‘frontliners’ dalam usaha mendepani pandemik COVID-19 pada ketika ini.

“Pengorbanan barisan hadapan terutamanya di hospital yang terpaksa menggunakan lapisan demi lapisan alat pelindung diri untuk merawat pesakit, jelas menunjukkan lebih banyak pesakit yang perlu di rawat, lebih banyak keperluan penting yang diperlukan berkurangan ekoran jumlah mangsa wabak ini sentiasa meningkat hari demi hari.

“Begitu juga senario di Penjara Sungai Udang Melaka yang pada ketika ini masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),”katanya.

Zainal turut mengalu-alukan rakan strategik MBMB, pihak korporat dan individu di Melaka untuk turut sama menghulurkan bantuan membantu Hospital Besar Melaka terutamanya sebagai satu usaha membantu barisan ‘frontliners’ ini mengekang penularan wabak COVID-19.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *