Marina sahabudin
MELAKA – Persona Parlimen Kota Melaka melaksanakan projek amal mencuci telekung di masjid sekitar negeri ini.
Antara terlibat adalah Masjid Ar-Raudhah Padang Temu, Masjid Assolihin Permatang Pasir, Masjid Al-Khairiah Kampung Telok Mas dan banyak lagi.
Menerusi program ini ahli-ahli Persona bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi seawal jam 9 pagi untuk mengambil telekung.
Kemudian mereka mencuci dan membungkus telekung berkenaan yang telah dibersihkan untuk dihantar semula ke masjid.
Menurut wakil Persona, lebih 100 pasang telekung telah dibersihkan sepanjang ia dijalankan.
“Pihak kami berterima kasih kepada lembaga masjid yang memberi peluang untuk kami melakukan kerja-kerja amal ini,” kata mereka.
Usaha ini diketua Pengerusi Parlimen, Sabariah Jamil Ahmad. Ia diharapkan dapat mengurangkan beban pihak masjid berhadapan pandemik Covid 19.
-MF-