MUHAMMAD ZAIDEE DAUT
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada murid-muridnya serta umat Islam. Beliau meninggalkan 10 wasiat berikut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
PERTAMA: Hak kepada Diri
Iaitu: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: Hak Kepada Malaikat Maut
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah S.W.T.
KETIGA: Hak Kepada Kubur
Iaitu: Membuang sifat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: Hak Kepada Munkar dan Nakir
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA: Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM: Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH: Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)
Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah S.W.T., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN: Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha’ Allah S.W.T., bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah S.W.T. dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN: Hak Kepada Nabi S.A.W
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredahaan Allah S.W.T.
KESEPULUH: Hak Kepada Allah S.W.T.
Iaitu: Mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
-MF-