MARINA SAHABUDIN
ALOR GAJAH – Peperiksaan SPM 2020 telahpun bermula pagi ini.
Justeru, ADUN Taboh Naning, Datuk Latipah Omar bersama
kepimpinan Pemuda UMNO DUN Taboh Naning tidak ketinggalan hadir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Naning bagi memberi motivasi dan semangat kepada mereka.
Latipah juga menyumbangkan wang saku dan pelitup muka kepada calon terlibat.
Manakala, Pemuda UMNO DUN Taboh Naning turut memberikan sarapan pagi sebagai bekalan supaya mereka lebih fokus menjawab kertas soalan.
Menurut Latipah, semoga semua calon menghadapi SPM 2020 tabah dan tenang berhadapan cabaran peperiksaan semasa pandemik Covid 19.
-MF-
Post Views: 500