MARINA SAHABUDIN
MELAKA – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Melaka giat melaksanakan kerja-kerja membasmi kuman di negeri ini.
Tugas tersebut dilakukan Skuad Disinfeksi BSMM bermula 15 Januari lalu sehingga kini yang melibatkan kawasan pelancongan, rumah pangsa, tokong, surau, kuil, pusat penjagaan kanak-kanak, rumah anak yatim, Melaka Sentral dan sekolah.
Usaha diharap dapat membantu meningkatkan keselamatan masyarakat setempat daripada dijangkiti Covid 19.
Pada masa sama, aktiviti mengedarkan risalah pencegahan Covid 19, cecair pembasmi kuman dan pelindung pelitup muka turut dijalankan.
Pihak BSMM juga menasihati orang ramai supaya terus berhati-hati dan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan.
-MF-
Post Views: 379