GB4B STABA Edar Bubur Lambuk

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Sebanyak 400 bungkus bubur lambuk diedar Gerakan Belia 4B (GB4B) STABA sempena Program Memasak Bubur Lambuk Belia Tangga Batu di Bilik Gerakan GB4B STABA.

Program anjuran GB4B STABA dan Kelab Rakan Muda Tangga Batu bersempena menyambut kedatangan bulan Rejab selain merapatkan silaturrahim di kalangan warga belia di kawasan berkenaan.

Pengerusi GB4B STABA, Bukhairy Rabu berkata, program yang disertai kira-kira 50 ahli GB4B STABA dan Kelab Rakan Muda Tangga Batu bergotong- royong menyediakan bahan serta memasak sebelum membungkus dan diberikan kepada penduduk kampung.

Menurutnya, program memasuki kali ketiga penganjurannya itu turut dihadiri beberapa pemimpin setempat dan tempatan termasuk Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara dan Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli belia yang bekerjasama menyediakan bubur lambuk inil

“Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha mendekatkan belia dengan aktiviti kemasyarakatan,”katanya.

Hadir sama pada program itu Presiden MGBM, Mohd Ridhwan Mohd Ali, Pengerusi GB4B Malaysia, Mohd Nizam Omar dan Pengerusi GB4B Kawasan Tangga Batu, Mohd Ismanizam Ismail.

Keterangan gambar
STABA 1 – Pemimpin setempat turut sama menjayakan program memasak bubur lambuk GB4B STABA.

STABA 2 – Ahli belia bekerjasama menyediakan dan membungkus bubur lambuk.

STABA 3 – Bukhairy Rabu menyampaikan bubur lambuk kepada Mohamad Ali

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *