Jasin Bermunajat Doa Kesejahteraan

Marina sahabudin

JASIN – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menganjurkan Program Jasin Bermunajat (bacaan yasin dan doa selamat online) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Jasin.

Majlis bacaan yasin dan doa telah dipimpin Imam 1, Masjid Al-Ghaffar Daerah Jasin, Ustaz Hashemi Rafsanjani Kasim.

Program ini bertujuan bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Jasin serta Negeri Melaka daripada ancaman penularan wabak pandemik COVID-19.

Tangan ditadah memohon kepada Ilahi agar doa serta hajat kita semua diangkat dan dimakbulkan Allah SWT.

Semoga program keagamaan yang dianjurkan MPJ ini mendapat keberkatan juga keredhaan Ilahi.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *