Karnival Kerjaya Sasar 2,000 Peluang Pekerjaan

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Kerajaan negeri menerusi Institut Tun Perak (ITP) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) menyasarkan 2,000 peluang pekerjaan sempena Karnival Kerjaya 3 Daerah Peringkat Negeri 2021 bermula 10 April ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dalam satu kenyataan berkata, penganjuran karnival kerjaya berskala besar itu melibatkan 3 karnival kerjaya di ketiga-tiga daerah negeri ini bermula di Masjid Tanah.

Katanya, Melaka Tengah akan menjadi lokasi kedua pada pertengahan tahun dan Jasin pada hujung tahun ini tertakluk kepada situasi semasa Pandemik Covid-19 dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara aktiviti disusun sepanjang karnival termasuk ceramah usahawan dan selebiriti berjaya, kaunseling kerjaya serta pameran kerjaya.

“Selain itu, temuduga terbuka, kursus keusahawanan, keusahawanan digital turut diadakan secara fizikal sekiranya keadaan mengizinkan serta menepati SOP ditetapkan,” katanya.

Sulaiman berkata, penganjuran diharap dapat merealisasikan 40 titik utama Belanjawan 2021 Negeri Melaka dalam membantu dan mensejahterakan rakyat serta sejajar dengan Flagship ke-5, Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2025 iaitu Melaka Negeri Usahawan.

Keterangan gambar

KARNIVAL 1 – Karnival Kerjaya 3 Daerah Peringkat Negeri 2021 akan diadakan bermula 10 April ini.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *