Wanita PERKIM Melaka Komited Bantu Asnaf

MARINA SAHABUDIN

BANDARAYA MELAKA – Wanita Perkim Bahagian Negeri Melaka komited membantu golongan memerlukan khususnya asnaf dan mereka yang terjejas akibat penularan wabak Covid 19.

Penegerusinya, Datuk Wira Hazizah Mohd Sultan, berkata, inisiatif dilaksanakan bagi meringankan beban mereka dalam usaha meneruskan kehidupan masing-masing.

Menurutnya, menerusi program sumbangan diadakan baru-baru ini sejumlah 30 penerima di negeri ini telah mendapat manfaat.

“Kami wanita Perkim sentiasa mendahulukan hal-hak kebajikan dalam persatuan ini. Sebagai badan kebajikan wanita Islam, kami harap lebih ramai golongan kurang bernasib baik dapat dibela.

“Pada musim Covid 19 ini, kami sedar ramai yang terpaksa hidup dalam kesempitan sehingga perlu mengikat perut kerana terputus sumber rezeki.

“Justeru, sedikit bantuan berupa makanan, keperluan asas dan wang tunai telah dihulurkan kepada mereka yang benar-benar layak,” katanya kepada Melakafirst.

Wanita Perkim Melaka juga tidak lupa membantu golongan mualaf yang turut terkesan.

“Ada di antara penerima kami keluarga mualaf yang mana terhenti pendapatan kerana tidak boleh berniaga sejak Covid 19 melanda.

“Kami prihatin terhadap nasib mereka dan harap usaha ini dapat mengurangkan tekanan dialami,” katanya.

Wanita Perkim Bahagian Negeri Melaka mempunyai sembilan cawangan termasuk di Sungai Udang, Alor Gajah, Asahan, Bachang, Ayer Molek dan Pegoh.

Pihaknya turut mengalu-alukan sesiapa saja yang ingin menyumbang menerusi persatuan ini dengan menghubungi Wanita Perkim Bahagian Negeri Melaka di talian 012-6398240 (Datuk Hazizah).

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *