CIPTA KERJAYA BERSAMA MANULIFE JANA PENDAPATAN LUAR BIASA

MARINA SAHABUDIN

Manulife Insuran merupakan satu-satunya agensi bumiputera pertama yang berjaya bertapak di Malaysia.

Ditubuhkan sejak November 2018 di Melaka, Manulife Insuran terus meluaskan empayar dengan menubuhkan agensi sendiri iaitu Real Ambition Legacy pada Januari tahun ini.

Agensi Manager, Norehan Ajis berkata, sehingga kini terdapat tiga unit manager di agensi berkenaan yang melibatkan 14 orang pembantu unit manager dan 114 agen.

”Kami bermula di negeri ini, bagaimanapun agen-agen ini telah berkembang di seluruh Malaysia termasuk di Kuantan, Ipoh, Johor, Penang dan Kuala Lumpur,” katanya kepada Melakafirst.

Menurutnya, jika tahun lalu mereka berjaya mencapai hasil keuntungan bernilai 3.3 juta, tahun ini mereka menyasarkan sekurang-kurangnya RM5 juta.

”Hasrat dan impian ini tidak mustahil kerana kami tahu sesiapa sahaja boleh berjaya dengan Manulife.

”Kami bercita-cita tinggi untuk membantu mereka di luar sana yang berhadapan masalah kewangan dan ingin mengubah taraf hidup menjadi lebih baik.

”Sementelah, pada musim pandemik Covid 19 ini ramai yang terjejas pendapatan. Sama ada mereka dikurangkan gaji, dibuang kerja dan sebagainya, apa kata anda cipta kerjaya bersama kami,” katanya.

Jelas Norehan, pihaknya sentiasa mengalu-alukan anak muda dan lepasan graduan untuk menyertai agensi tersebut.

”Jangan malu atau segan untuk menjana pendapatan luar biasa bersama kami. Rebut peluang yang ada dan kami akan sama-sama membantu.

”Di sini, kami tidak akan biarkan anda terumbang-ambing sendiri untuk mencapai kejayaan. Setiap agen baharu akan dipantau oleh ketua sentiasa sehingga mereka mampu bergerak sendiri,” katanya.

Mengenai perkhidmatan disediakan, ujar Norehan, Manulife Insuran hanya memfokuskan produk yang mendapat permintaan tinggi sahaja.

”Misalnya kad perubatan, di Malaysia semua memerlukan kad ini sebagai langkah berjaga-jaga. Begitu juga di Manulife, kami sentiasa tawarkan kepada semua untuk memilikki kad perubatan ini kerana ia punya keistimewaan tersendiri.

”Di Manulife, bagi klien kami yang disahkan positif Covid 19, mereka akan menerima elaun tambahan wad iaitu RM200 sehari. Ini antara tawaran menarik jika anda mempunyai kad perubatan Manulife,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk maju bersama Real Ambition Legacy di bawah Manulife Insuran, boleh hubungi 016-7708827 atau terus ke pejabat di Taman Klebang Utama.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *