MBMB Sumbang Set PPE

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

AYER KEROH – Dalam usaha memastikan anggota petugas hadapan sentiasa dilindungi, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyampaikan set dan kelengkapan Personal Protective Equipment (PPE) kepada anggota terlibat.

Majlis penyerahan disempurnakan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MBMB di Auditorium MBMB dengan keseluruhan PPE berjumlah 2230 unit.

Antara peralatan diberikan termasuk perlindungan kepala, perlindungan mata, perlindungan mulut dan hidung, perlindungan telinga, perlindungan tangan, perlindungan badan dan perlindungan kaki.

Turut disampaikan ‘safety vest’ serta peralatan keselamatan lain.

Usaha berterusan ini merupakan medium MBMB meningkatkan tahap keselamatan anggota semasa bertugas di lapangan.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *