MGBD Jasin Sedia 9000 Kit Makanan

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

JASIN – Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin mengambil pendekatan menyantuni pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil PelajAran Malaysia (SPM) dengan menyampaikan 9000 bungkusan kit makanan di enam sekolah terpilih di daerah ini.

Timbalan Pengerusi MGBD Jasin, Thivagar Vajan, berkata, sumbangan disampaikan kepada pelajar dan pentadbir sekolah berkenaan.

Menurut Thivagar, enam sekolah terpilih adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abdul Rahman Yaakub, SMK Seri Mahkota, SMK Sungai Rambai, SMK Seri Bemban, SMK Simpang Bekoh, SMK Selandar.

“Program Kamu Mampu ini bertujuan mendekati golongan belia yang juga pelajar disamping memberi semangat dan dorongan kepada calon yang mengambil SPM,” katanya.

Majlis penyerahan kit makanan dilaksanakan ahli jawatankuasa MGBD yang bertindak selaku penyelaras bagi setiap kawasan DUN dalam Parlimen Jasin kepada pentadbir sekolah.

KETERANGAN GAMBAR

MGBD 1 – Ahli jawatankuasa MGBD Jasin bergotong royong menyediakan kit makanan untuk calon SPM.

MGBD 2 – Pengerusi MGBD Jasin, Zaini Muhamad menyampaikan sumbangan kit makanan Kepada Pentadbir SMK Dato Abdul Rahman Ya’akub

MGBD 3 –Thivagar Vajan menyampaikan sumbangan kit makanan kepada pentadbir SMK Seri Bemban.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published.