Rider Frozen Sumber Rezeki

Marina sahabudin

BUKIT CINA – Bagi anak muda ini tiada apa yang menghalang dirinya untuk mencari rezeki demi membantu keluarga meneruskan kehidupan lebih baik sepanjang musim PKP ini.

Lebih memilukan apabila mata pencariannya sebelum ini terputus selepas diberhentikan kerja akibat pandemik Covid 19.

“Dulu saya kerja kilang, tapi kena berhenti sebab wabak ni lah. Nak buat macam mana, saya kena teruskan hidup dan sara keluarga.

“Asalkan ada punca rezeki, saya tak memilih, yang penting wang belanja tu ada,” kata Muhd Amir Afiq kepada Melakafirst.

Ujar pemuda berusia 21 tahun ini juga, dia baru sahaja melibatkan diri sebagai penjual makanan sejuk beku sebulan lalu.

“Saya jadi rider produk Durrani sebab agak mudah untuk lakukannya. Walaupun terpaksa membawa motor untuk menjual produk-produk yang ada tetapi asalkan kita berusaha kita akan dapat pulangan lebih baik.

“Cabarannya, saya perlu pergi rumah ke rumah, beri salam dan beritahu apa yang dijual,” katanya.

Ditanya bagaimana hasil jualan setakat ini, katanya, pendapatan diterima tidak menentu.

“Meniaga ni biasalah, adakala laris adakala biasa-biasa saja. Apapun, saya cuba selagi termampu,” katanya yang berniaga di sekitar kawasan Bandar Melaka.

Antara produk sejuk beku jualan Muhd Amir seperti otak-otak, sata, kuih seri ayu, kuih rengas dan pelbagai kuih tradisional lain.

-MF-

Caption:

  1. Muhd amir afiq selesa menjual produk sejuk beku.
  2. Antara produk dijual.
Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *