INFO ON WHEELS HEBAHAN MAKLUMAT

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MARINA SAHABUDIN

ALOR GAJAH – Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah turun padang mengadakan hebahan mengenai Proklamasi Darurat.

Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina Hasan @ Abd Rashid berkata, hebahan menerusi kaedah Info On Wheels (IOW) atau corong pembesar suara dilakukan Unit Bergerak Jabatan.

Menurutnya, ia penting agar rakyat memahami lebih baik ordinan berkenaan.

“Kami berusaha menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada segenap lapisan masyarakat supaya mereka tidak tersalah tafsir.

“Medium ini juga sekaligus mendekatkan pimpinan barisan atasan, pihak jabatan dan masyarakat setempat. Mereka juga boleh bertanya secara dua muka jika terdapat kekeliruan,” katanya kepada Melakafirst.

Turut hadir Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Datuk Wira Latipah Omar merangkap ADUN Taboh Naning.

Pada program ini, sebanyak 200 risalah mengenai Proklamasi Darurat turut diedarkan.

Program yang diadakan di Taman Seri Naning turut mendapat kerjasama daripada Balai Polis Simpang Empat, JPKK, MIC dan MCA.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *