Korean Street Toast Air Tangan Syafiq

Marina sahabudin

KOTA LAKSAMANA – PKP tahun lalu mengakibatkan pelbagai pihak terjejas sehingga rakyat mempertaruhkan diri melakukan pelbagai cara untuk mencari pendapatan demi meneruskan kehidupan.

Begitu juga bagi anak muda dikenali sebagai Syafiq ini, percubaannya menjual Korean Street Toast semakin mendapat perhatian ramai.

Ujarnya, dia nekad menjalankan perniagaan tersebut meskipun pada awalnya tidak yakin mampu menarik pelanggan ketika itu.

“Saya sendiri tak sangka ramai yang suka makan menu ini. Walaupun nampak ‘simple’ tetapi, ia menepati selera dan citarasa zaman kini.

“Kita tahu makanan Korea mempunyai peminat tersendiri bagaimanapun, saya olah resipi mengikut kesesuaian orang Malaysia,” katanya kepada Melakafirst.

Menariknya, air tangan Syafiq ini bukan sahaja digemari golongan remaja.

“Ramai juga golongan lebih berusia dah mencuba menu ini dan mereka sukakanya.

“Bahkan selain Melayu, Cina dan India juga menjadi pelanggan utama,” katanya.

Antara yang mendapat sambutan hangat adalah Korean Street Toast Harimau Menangis.

Sehingga kini terdapat tiga cawangan Korean Street Toast di Melaka iaitu di Kota Laksamana, Bukit Beruang dan Sungai Udang.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *