15 Penjaja Kecil Terima Lesen

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Seramai 15 penjaja kecil dalam DUN Bemban menerima lesen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Majlis penyerahan disempurnakan Pengerusi Penyelaras DUN Bemban, Datuk Hasan Rahman bersama Yang DiPertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman.

Menurut Shadan, ia merupakan inisiatif pihaknya menyahut seruan kerajaan yang mahu menjadikan Melaka Bebas Berniaga 2021 berikutan terdapat segelintir masyarakat terjejas akibat kesan Pandemik Covid-19.

“Jika di Wilayah Persekutuan, inisiatif ‘bebas berniaga’ adalah selama enam bulan, tetapi di Melaka, demi membantu rakyat berpendapatan rendah, Kerajaan Negeri mengumumkan kempen ‘Melaka bebas berniaga’ selama satu tahun bermula Januari lalu.

“Saya berharap peniaga yang menerima lesen dapat menjaga kualiti jualan termasuk aspek psrsekitaran dan paling penting sentiasa matuhi SOP yang ditetapkan,”katanya.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *