MUSA Terima Tajaan RM2.5juta

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) menerima tajaan RM2.5juta daripada Edra Power Holdings Sdn Bhd bagi projek pembangunan persatuan dan anak syarikatnya Kelab Bolasepak Melaka United FC (MUFC) Sdn Bhd.

Setiausaha Agung Musa, Ahmad Roslee Hamzah berkata, tajaan tersebut akan digunakan untuk kemudahan infrastruktur MUSA MUFC sekali gus menyediakan fasiliti sukan termasuk menaik taraf padang latihan bagi program pembangunan bola sepak akar umbi.

Menurutnya ,sebanyak RM600,000 hingga RM700,000 diperuntukkan bagi membina bangunan baharu MUFC yang akan menempatkan bilik mesyuarat, ruang perbincangan, gimnasium khas pemain dan bilik pegawai eksekutif MUFC.

“Pembinaan bangunan baharu yang terletak di sebelah pejabat MUSA di Komplek Sukan Paya Rumput ini bakal dilakukan tidak lama lagi dengan beberapa prosedur penting diperhalusi sebelum ia diiklankan kelak,” katanya.

Ahmad Roslee berkata, peruntukan yang diterima itu juga akan digunakan untuk menaiktaraf empat padang bagi tujuan latihan pemain,” katanya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam MUSA, baru-baru ini.

Keterangan gambar

Ahmad Roslee (duduk dua dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam MUSA
.
-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *