MARINA SAHABUDIN
TANGGA BATU – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad menyifatkan penubuhan satu lagi cawangan baharu parti itu di Bahagian Tangga Batu membuktikan bahawa UMNO masih releven dan di sayangi rakyat.
Menurutnya, ini kerana mereka masih percaya Parti UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu yang akan terus menggalas agenda memperkasa bangsa Melayu dan bumiputera tanpa rasa takut atau gentar.
“Selagi nyawa dikandung badan, perjuangan UMNO Bahagian Tangga Batu tidak akan terhenti malah akan terus bekerja serta berkhidmat untuk membela untung nasib rakyat serta menegakkan Agama Islam dan mendaulatkan perlembagaan negara.
“Alhamdulillah, pada malam ini, tertubuhnya satu lagi cawangan UMNO bahagian Tangga Batu iaitu UMNO Cawangan Pantai Puteri. Penambahan ahli ini menguatkan lagi parti sedia ada,” katanya.
Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din.
Tegas Mohamad Ali, dia tidak ambil peduli dengan suara sumbang mengatakan UMNO sudah tiada kekuatan.
“Pada malam ini kita telah membuktikan Parti UMNO masih mempunyai kekuatan dan sokongan daripada rakyat serta akar umbi.
”Ini adalah kerana kekuatan UMNO yang berteraskan sokongan padu ahlinya membolehkan parti keramat orang Melayu ini terus kekal sehingga kini,” katanya.
Beliau berterima kepada Megat Zulkarnain kerana sudi merasmikan majlis tersebut, jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu dan kepimpinan UMNO yang lain sudi hadir.
“Terima kasih kepada semua pihak yang hadir pada malam ini kerana mematuhi SOP yang telah di tetapkan.
“Tahniah kepada UMNO Cawangan Pantai Puteri, selamat maju jaya. Semoga kita semua terus istiqamah dalam perjuangan ini,” katanya.
-MF-