Pendakwah Islam terkenaL, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa syukurnya apabila berkesempatan dan diberikan peluang mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor di Istana tadi.
Menerusi laman sosial facebook milik Ebit Lew, beliau sangat terharu kerana Tunku sentiasa risau keadaan rakyat berhubung kesusahan dan penderitaan mereka serta meluangkan masa berbincang dan menyokong usaha yang telah beliau lakukan.
“Saya sendiri melihat setiap hari Tunku dan Tuanku Sultan Johor setiap hari membantu rakyat. Terharu layanan mesra dan bersungguh-sungguh Tunku memberi kata semangat. Banyak perkara dibincangkan semuanya mengenai kebaikan kita semua.
“Teringat kisah Khalifah dulu yang memikirkan keadaan rakyat. Subhanallah. Semoga Allah memberkati Tunku dan keluarga.
“Tadi Tunku dan JDT memberi sumbangan banyak Rm100 ribu. Baru ini Rm200 ribu. Tunku selalu mesej tanya ada apa yang perlu dibantu. Ada masalah apa-apa. Terasa malu dan segan,” kongsi beliau.
Bagi Ebit Lew, beliau cuma orang biasa.
“Tapi Tunku TMJ layan macam kawan-kawan sahaja. Allahuakbar. Ustaz turun Johor singgah sini. Kita bagi bilik semua. Boleh berkongsi demi rakyat.
“Allah sayang TMJ. Semoga Allah terima jadi asbab kebaikan,” luahnya lagi.
-MF-
SUMBER : LAMAN FB EBIT LEW