MARINA SAHABUDIN
MELAKA – Bagi yang ingin mendapatkan pengalaman bermalam atau menginap di hotel yang penuh elegan dan paling penting selesa, apa kata anda mencuba suasana hebat ini di LaCrista Hotel Melaka.
Menariknya pelbagai tawaran menarik disediakan termasuklah pakej ‘local staycation’ dan ‘breakaway pakej’.
Difahamkan, kedua-dua tawaran ini boleh digunakan sehingga 31 May nanti.
Selain tawaran tersebut, anda juga boleh menginap di sini mengikut kadar harga setiap bilik yang ada iaitu deluxe, premier, studio, exec studio, junior suite, exec suite dan pemier suite 2 bedroom.
Apa yang pasti, kedatangan pengunjung bakal diraikan dengan suasana baharu di hotel ini dengan menampilkan bilik-bilik lebih selesa serta kemudahan serba moden.
Pendekatan untuk merenovasi kelengkapan hotel telah dilakukan untuk memberi momen manis kepada pengunjung selepas sekian lama tidak boleh bercuti khususnya disamping insan tersayang.
LaCrista Hotel turut menjanjikan layanan mesra dan perhatian yang membuat semua tetamu kami tidak akan melupakan pengalaman sepanjang berada di sini.
Pihak LaCrista turut berterima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini dan sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi pihak hotel di talian 06-2816868 untuk maklumat lanjut.
-MF-