Pelan Halatuju 10 Tahun Pembangunan Bolasepak Melaka

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

AYER KEROH – Dalam usaha mencungkil bakat di peringkat akar umbi dalam sukan bolasepak di negeri ini, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) bakal menganjurkan Melaka League Junior (MJL).

Naib Presiden MUSA, Noor Azman Rahman berkata, penganjuran MJL itu merupakan sebahagian peta hala tuju 10 tahun pembangunan bola sepak Melaka dalam melahirkan lebih ramai pemain berbakat di negara ini.

Menurut Noor Azman, MJL itu akan membabitkan kategori usia bawah 8,10, 12, 14 serta 16 tahun dan turut membabitkan kerjasama Sekolah Sukan Negeri (SSN) yang menjadi sekolah angkat menerusi penyertaan jurulatih bertauliah.

“Kita menyasarkan sekurang-kurangnya tempoh lima tahun bagi melihat hasil menerusi program ini kerana seperti yang kita tahu untuk melahirkan bakat muda yang berkualiti ia memerlukan masa.

“Sebab itulah kita wujudkan pelan hala tuju 10 tahun pembangunan bola sepak Melaka bagi memperkasakan semula sukan bolasepak di negeri ini dan melahirkan lebih ramai pemain berbakat di negara ini.

“Peta hala tuju 10 tahun pembangunan bola sepak Melaka ini akan dilancarkan Jun depan dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN),”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan MUSA yang berlangsung di Ayer Keroh, baru-baru ini. .

Hadir sama Timbalan Pengerusi Kejurulatihan, Leong Hong Seng, Timbalan Pengerusi Belia, Rashid Mamud, Timbalan Pengerusi Akar Umbi, Norizam Ali Hassan, wakil Jabatan Pendidikan Negeri, wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri , wakil Majlis Sukan Negeri, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Noor Azman berkata, menerusi program MJL itu, MUSA akan mengenal pasti pemain berbakat besar dan mereka akan diberi keutamaan untuk menandatangani kontrak sekurang-kurangnya lima tahun bersama dengan persatuan terbabit.

“Dengan kontrak ini, ia bakal mengelak mereka dari keluar malah dengan perjanjian yang ada pemain berkenaan akan disalurkan kepada Kelab Bolasepak Melaka United FC (MUFC).

“Oleh itu kita tidak perlu mengambil pemain luar yang perlu dibayar sehingga RM20,000 hingga RM30,000 sebulan dan ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan persatuan untuk tempoh jangka panjang,” katanya.

Keterangan gambar

1 – Noor Azman (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan MUSA.

2 – Ahli Jawatankuasa mesyuarat pertama Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan MUSA.

-MF –

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *