RUMAH PENDUDUK SIMPANG GADING DISANITASI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MARINA SAHABUDIN

DURIAN TUNGGAL – Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan
Skylandsea Proservices Disinfection & Decontamination (Covid 19) Management mengambil pendekatan melaksanakan kerja-kerja
disinfeksi dan sanitasi di empat rumah terpilih di Simpang Gading di sini.

Menurut Setiausaha MACMA Melaka, Nur Caren Chung Yock Lan, MAIM turut menanggung kos dan perbelanjaan sanitasi rumah terlibat, membeli baju PPE dan bahan kimia pembasmi virus.

Katanya, usaha dijalankan bagi membasmi penularan wabak itu.

”Alhamdulilah, kesemua 33 orang yang dikuarantin termasuk beberapa orang muallaf yang menetap di sini telah disahkan negatif oleh KKM Alor Gajah.

”Justeru untuk memastikan kawasan ini kekal selamat, kerjasama ini diharap dapat mengurangkan tekanan dihadapi penduduk yang bimbang wabak ini terus menular,” katanya kepada MelakaFirst.

MACMA Melaka turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada MAIM yang menyumbangkan kit makanan kecemasan kepada keluarga terpilih.

”Kira-kira 16 rumah didiami dua ketua keluarga telah mendapat manfaat,” katanya.

Turut hadir, Senator Datuk Wira Koh Nai Kwong, Setiausaha MAIM), Muhammad Ikram Ibrahim, PSU Balai Islam MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis, Pegawai Hal Islam MAIM, Muhammad Hafizi Ab Kadir.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *