8 Pasukan Berentap Liga Futsal Melaka 2021

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MUHAMAD ZAIDEE DAUT

MELAKA – Lapan pasukan bakal berentap bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai lebih RM9,000 menerusi Liga Futsal Melaka 2021.

Kejohanan anjuran Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) itu akan bermula pada 6 hingga 28 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Futsal Dan Bola Sepak Pantai MUSA, Ridzuan Ahmad berkata, kejohanan julung kali diadakan itu bakal menyaksikan juara membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000.

Menurutnya, antara pasukan yang bakal berentap termasuklah Bertam Ulu FC (BUFC), SAMB FC, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Andalas FC, Sri Peringgit Bersatu, Perma FC, White Star dan Merlimau Pasir FC.

“Pemilihan lapan pasukan ini berdasarkan ranking terkini dalam negeri, selain pihak kami tidak dapat membuat pemilihan pasukan secara terbuka berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Perlawanan yang akan dianjurkan ini bagaimanapun masih mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan
yang mana ia akan diadakan tanpa kehadiran penonton dan setiap pasukan yang beraksi sahaja dibenarkan berada di dalam kawasan perlawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Naib Presiden MUSA Noor Azman Rahman dan Datuk Khairi Anuar; Setiausaha Agung MUSA Ir Ahmad Roslee Hamzah serta Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC (MUFC) Datuk Mohd Saiful Mat Sapri, baru-baru ini.

Ridzuan menjelaskan, kejohanan itu akan dijalankan mengikut format liga sepusingan membabitkan dua kumpulan dengan juara serta naib juara setiap kumpulan bakal bertanding di pusingan separuh akhir dan seterusnya ke pusingan akhir.

“Ia dilaksanakan mengikut format Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mana setiap perlawanan akan diadakan pada hujung minggu bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Krubong.

“Sekiranya kejohanan sulung ini mendapat respon positif, kita bercadang untuk mengembangkannya pada edisi berikutnya dengan menambah bilangan pasukan dan mengadakan pemilihan pasukan terbaik,”katanya.

-MF-

KETERANGAN GAMBAR

Ridzuan (tiga dari kiri) bersama sebahagian kepimpinan tertinggi MUSA melancarkan Liga Futsal Melaka 2021 yang akan dibuka tirai secara rasmi pada 6 Mac depan.

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *