PASTIKAN PARTI DITERIMA RAKYAT

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

MARINA SAHABUDIN

AYER KEROH – Bekas Ketua Menteri Melaka ke 6, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang juga Ahli Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya komited memastikan parti itu terus diterima rakyat.

Menurut beliau, kerjasama antara ahli parti perlu ditingkatkan dan diperluaskan bagi merealisasikan hasrat itu.

”Hari ini saya berpeluang mengadakan lawatan di Pejabat Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya. Dapat saya rumuskan di sini, mereka mempunyai kekuatan tersendiri dan saya sedia menyokong, berkongsi idea serta peranan bagi mengukuhkan lagi parti ini.

”Semangat juang yang tinggi juga akan diterapkan dalam diri setiap penggerak dan pekerja parti,” katanya kepada MelakaFirst.

Hadir sama, Ketua Bersatu Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Azrudin Md Idris.

Tambah beliau, menerusi lawatan diadakan, mereka turut berbincang mengenai hala tuju parti itu.

”Ahli juga perlu sentiasa kemaskini data dan info pengundi secara terperinci. Ini penting supaya kita kenal serta tahu siapa penyokong kami.

”Usaha menambah ali juga akan terus diperjuangkan selain giat meningkatkan pelbagai aktiviti bersama demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai Pilihanraya Umum (PRU) akan datang, Tan Sri Rahim juga menegaskan, parti itu sentiasa bersedia berhadapan apa saja keadaan.

”Kesediaan menghadapi PRU ke-15 dalam apa saja kondisi dan situasi samada secara ‘two cornered’ atau ‘three cornered’ telah diambil perhitungan sebaiknya dalam penggubalan strategi menghadapi PRU kali ini,” katanya.

Pada lawatan itu, Setiausaha KPPN ( Kelab Penyokong Perikatan Nasional) Melaka, Rozaimi Khamis, turut menyerahkan borang keahlian menyertai parti Bersatu kepada Azruddin.

-MF-

Fara Ismail

Fara Ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *